“Bersamalah dalam saf PN”- seru Rais kepada Tok Mat
“Bersamalah dalam saf PN. Muafakat baik-baik biar kuasa sama digenggam”, itulah ciapan balas Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Senator Tan Sri Dr Rais Yatim terhadap satu ciapan Twitter yang di buat oleh Datuk Seri Mohamad Hasan.
Dalam ciapan tersebut, Timbalan Presiden UMNO yang lebih mesra dikenali dengan panggilan Tok Mat itu mendesak agar kerajaan membubarkan Parlimen segera seperti yang dilakukan negara jiran, Singapura.
Pembubaran Parlimen itu untuk membolehkan Pilihan Raya Umum (PRU) diadakan berikutan ketidaktentuan politik semasa. Tok Mat menjelaskan bahawa ketidakstabilan politik yang dihadapi sekarang tidak pernah dilalui sejak negara merdeka.
Kesan dari permasalahan ini, kerajaan di lihat sukar untuk meluluskan pelbagai rang undang-undang yang kritikal termasuklah membentangkan belanjawan bagi memulihkan negara daripada kemelesetan ekonomi.
Justeru, beliau memohon kerajaan untuk mencontohi langkah Singapura yang membubarkan Parlimen republik itu bagi membolehkan pilihan raya umum diadakan. Ia penting untuk memastikan kerajaan mempunyai mandat yang baik dan diyakini.
Rais pula dalam ciapan balas mengajak Tok Mat untuk sama-sama berada dalam kepimpinan kerajaan Perikatan Nasional (PN) dan melihat isu ini dengan lebih mendalam kerana terdapat perbezaan ketara teutama dari segi negara, kewilayahan, capaian, ‘kedirajaan’, ekonomi dan lain-lain antara kedua dua buah negara.