Laksamana Madya Datuk Aris – rakyat jangan jadi PENGKH1NAT dan PETU4LANG negara
Rakyat Malaysia jangan menjadi pengkh1anat dengan mengg4dai kedaulatan negara menjadi tekong dan petu4lang serta dalang untuk membawa masuk pendatang asing tanpa izin (PATI), kata Komander National Task Force (NTF), Laksamana Madya Datuk Aris Adi Tan Abdullah.
Aris berkata NTF kini mempunyai statistik tekong rakyat Malaysia dan luar yang terlibat dalam membawa kemasukan PATI ini. “Saya minta janganlah rakyat Malaysia menjadi petu4lang dan dal4ng untuk membawa masuk PATI,
Kita kena terima hakikat yang mereka telah wujud lama, tekong ini mempunyai banyak selok belok dalam permainan ini,” katanya pada sesi wawancara di pejabat NTF. Namun Aris berkata, NTF sentiasa mempelajari dan meneliti apa modus operandi tekong-tekong ini.
Dalam pada itu, beliau melahirkan rasa keb1mbangan jika ada di kalangan pasukan beruniform yang menjadi tekong dan dal4ng. Selain itu, rakyat Malaysia perlu berkerjasama dengan kerajaan dan pihak penguatkuasa dalam memb4nteras PATI ini.
“Tanggungjawab mempertahankan negara bukan digalas sepenuhnya oleh pasukan keselamatan kerana pihak masyarakat awam, netizen dan semua peringkat rakyat Malaysia adalah bertanggungjawab dalam aspek keselamatan dan kedaulatan negara,
“Justeru itu jangan jadi pengkh1anat negara dengan menjadi tekong dan dal4ng dalam sebarang aktiviti pencerob0han PATI,” katanya.
Sumber; airtimes.my
