Saya Tidak Pernah Mungkir Janji-Dr. M
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menyangkal dakwaan bahawa beliau merupakan seorang yang sering memungkiri janji.
Menerusi satu temuramah mengenai penyerahan kuasa Perdana Menteri kepada Presiden PKR yang di buat oleh akhbar Sinchew Daily, Tun Dr. Mahathir Mohamad menegaskan bahawa beliau tidak pernah mengingkari janjinya walaupun Datuk Seri Anwar Ibrahim bimbang mengenai janjinya itu.
Dr. Mahathir menegaskan bahawa beliau hanya akan menjadi PM selama enam bulan dan akan menyerah kuasa kepada Anwar selepas selesainya persidangan Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC).
Memetik kata-kata Dr. Mahathir mengenai janjinya yang di ragui oleh Anwar, beliau berkata, “Anwar sudah tidak percaya saya? Kita sama-samalah. Dia melihat saya akan mungkir janji. Saya bertanya bila saya pernah mungkir janji. Saya sudah bersetuju untuk berundur selepas APEC. Saya cuma mahu menjadi PM sehingga November. Oleh itu, saya akan berundur selepas enam bulan. Saya sudah tidak mahu menjadi PM, Saya sudah tua. Tahu tak anda, saya sudah sangat tua, sangat sangat tua. Malahan saya nyatakan tarikh persaraan yang saya tidak bagi sebelum ini. Tetapi, dia ternyata tidak selesa. Anwar mahu menjadi PM sekarang dan tidak mahu tunggu enam bulan,”.
Mahathir memerlukan masa hampir enam bulan untuk menyelesaikan pelbagai isu yang membabitkan kesilapan Datuk Seri Najib Tun Razak dan Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Menerusi temuramah itu juga, Dr. Mahathir menolak tawaran menjadi Menteri Mentor dalam Kabinet jika Anwar menjadi PM kerana beliau tidak lagi berminat untuk bekerjasama dengan PKR kerana dilihat PKR tidak memberikan sokongan kepada beliau untuk menjadi PM. Namun hubungan dengan DAP dan Amanah tetap di kekalkan.