Satu dalam seribu, Cucu Dukung Nenek Yang Dah Tak L4rat Bawa Jumpa Doktor

Satu dalam seribu, Cucu Dukung Nenek Yang Dah Tak L4rat Bawa Jumpa Doktor

Keadaan nenek yang semakin u zur tidak dianggap menyusahkan, sebaliknya si cucu mengambil peluang untuk berbakti terhadap insan yang disayangi. Itu dilakukan seorang lelaki dikenali sebagai Rahman Hashim yang mendukung neneknya berusia 94 tahun bagi mendapatkan rawatan di sebuah klinik kesihatan.
Kisah mereka berdua menimbulkan rasa terharu doktor yang merawat dengan berkongsi dua keping gambar sehingga tular di laman Facebook. Menerusi posting di page Dakwah Tabligh, difahamkan lelaki tersebut menggalas tanggungjawab bagi menjaga keperluan harian neneknya disebabkan ibu bapanya juga sudah tidak larat.
“Doktor terkejut bila seorang cucu dukung toknya umur 94 tahun masuk bilik consultant doktor. ‘Doktor, tok p4tah tul4ng pinggang….’Tak boleh duduk. Cek (saya) yang dukung tok mandi, b3rak dan makan. Tok baring je atas katil. Ayah emak tak l4rat…’ Ada ku dis di punggungnya doktor buat dressing,” tulis perkongsian tersebut.
Kagum dengan tindakan murni lelaki berkenaan, doktor memberikan ubat dan rawatan tanpa bayaran sebelum menghulurkan sedikit wang ringgit untuk dibelanjakan. “Doktor tabik spring cucu ni. Boleh ke kita dapat cucu macam ni? Ubat dan dressing doktor bagi free. Miskin orangnya.
“…’Dik ambil ni $, bagi belanja emak ayah tok dan dik’. Sayu hati doktor, nikmat Allah pada kita tak ternilai,” kongsi posting berkenaan lagi.
Posting itu menerima 10,000 tanda suka dan 2,700 perkongsian selain ratusan komen warganet yang memuji keikhlasan anak muda itu dalam menjaga neneknya dengan penuh kasih sayang.
“Terima kasih doakan nenek saya..” – Rahman
Mulianya! Moga usaha diberkati
Bertuah nenek dapat cucu macam ni
Sumber : Dakwah Tabligh