Turki menemui gas asli terbesar di Laut Hitam. Tapi Tindakan Greece Buat Tayyip Erdogan mula bersuara

Tindakan Turki mencari minyak dan gas di Laut Mediterranean dan menghantar kapal p3rang bermula dengan pelan induk “Blue Homeland” untuk mengambil alih perairan yang dituntut oleh negara jiran Kesatuan Eropah (EU).
Bimbang tidak diberikan perkongsian kekayaan gas asli secara adil di rantau ini, Turki turut menghantar kapal penyelidikan dan armada tentera laut kecil ke laut Greece, sekali gus meningkatkan ketegangan minggu lalu.
Sebagai isyarat Turki tidak mahu bergantung kepada negara lain dari segi sumber tenaga, Presiden Recep Tayyip Erdogan mengumumkan Turki membuat penemuan gas asli terbesar di Laut Hitam.
“Tuhan sudah membuka pintu untuk kekayaan yang belum pernah terjadi sebelumnya bagi kami,” katanya.
Keadaan itu menyebabkan Turki meneroka lebih jauh di Laut Mediterranean, yang akhirnya mendatangkan kemarahan Greece dan peringatan amaran berulang kali dari EU.
Perancis yang turut tidak sefahaman dengan Turki, menghantar kapalnya sendiri ke rantau itu untuk membantu Greece, sekali gus mendorong Erdogan memberi amaran bahawa dia akan membalas ancaman itu.
“Isunya bukan saja berkaitan hak, tetapi masa depan Turki,” kata Erdogan.
Menurut pakar, Turki yang diketepi oleh EU dan negara jiran menjadi punca Erdogan meny3rang dan menegaskan hak Turki terhadap negara-negara yang bergabung tanpa Ankara.
Tahun lalu Cyprus, Greece, Mesir, Israel, Jordan, Itali dan wilayah Palestin bersetuju untuk mewujudkan “Forum Gas Mediterania Timur” tanpa Turki.
Sementara itu, bapa doktrin maritim baru Turki yang kontroversial, Cem Gurdeniz, berkata kedatangan kapal dari Perancis bagi membantu Greece hanya menambah api kemarahan. – AFP
SIAPA SEBENARNYA ERDOGAN?
Keluarga Erdogan berasal dari Rize wilayah yang menghadap Laut Hitam dan terletak di bahagian Timur Laut Turki.
Recep Tayyip Erdogan dilahirkan di Istanbul pada 26 Feb 1954.
Ayahnya bernama Ahmet Erdogan dan ibunya bernama Tenzile.
Beliau bersekolah di Sekolah Rendah Piyalepasa yang terletak dalam kawasan Kasimpasa.
Pada tahun 1965 Erdogan meneruskan pendidikan peringkat sekolah tinggi di Sekolah Agama iaitu sekolah Imam-Hatip Istanbul hingga tamat pada tahun 1973.
Beliau turut memperoleh Diploma daripada Sekolah Tinggi Eyup.
Seterusnya beliau menyambung pengajian peringkat tinggi di Fakulti Ekonomi dan Sains pengurusan di Universiti Marmara dan tamat pada 1981.
Recep Tayyip Erdogan mengahwini Emine Gulbaran pada tahun 1978 dan dikurniakan dua anak lelaki bernama Necmettin Bilal dan Ahmet Burak serta dua anak perempuan bernama Esra dan Sumeyye.
Ketika remaja beliau pernah menjual air lemon dan simit(sejenis roti Turki) bagi menambah duit sakunya.
Di samping belajar Erdogan turut aktif dalam bidang sukan dan persatuan pelajar.
Beliau aktif bermain bola sepak dari tahun 1969 hingga tahun 1982 serta pernah bermain secara semi-profesional dengan kelab bola sepak Kasimpasa.
Erdogan turut aktif ketika bersama Millî Turk Talebe Birligi(MTTB) iaitu kesatuan kebangsaan Pelajar Turki dari zaman sekolah tinggi hinggalah ke Universiti.
Latar belakang serta aktiviti yang diceburinya sejak remaja berjaya membina kualiti kepimpinan dan semangat berpasukan dalam diri beliau serta menjadikan beliau seorang yang prihatin dengan nasib
masyarakatnya.
Bakat beliau dalam menyampaikan ucapan memukau sudah diasuh sejak di bangku sekolah lagi.
Asuhan di Sekolah agama bagi menyampaikan khutbah nyata memberi impak dalam ucapan-ucapannya sebagai Pemimpin.
Kelunakan suara beliau dalam mengalunkan bacaan Al-Quran pula tidaklah menghairankan kerana beliau sememangnya dididik di Sekolah Agama.
Parti Milli Selamet(MSP) yang ditubuhkan pada 11 okt 1972 adalah parti Islam kedua yang ditubuhkan oleh Necmettin Erbakan.
Parti Islam pertama Turki iaitu Parti Millî Nizam(MNP) diharamkan oleh Mahkamah perlembagaan Turki pada tahun 1971.
Beliau seterusnya menjadi Perdana Menteri pada 15 Mac 2003.
Erdogan mengulangi pencapaian cemerlangnya sebagai Pemimpin sepertimana beliau memimpin Istanbul dulu.
Beliau juga berjaya memacu Ekonomi Turki hingga berjaya melunaskan hutang Turki dengan IMF pada tahun 2013.
Selain itu Erdogan juga berjaya meningkatkan KDNK Turki bagi empat tahun berturut-turut dari tahun 2010-2013.
Beliau meningkatkan KDNK Turki dari US614.55 billion pada tahun 2010 kepada US823.24 billion pada tahun 2013 yang juga merekodkan KDNK tertinggi dalam sejarah Republik Turki.
Pada 10 Aug 2014 Erdogan sekali lagi menempa sejarah apabila menjadi Presiden Turki yang pertama dipilih melalui sistem pilihan raya Presiden Turki yang julung-julung kali diadakan.