MP Bintulu cakap Dr Hisham takvt m4ti, sekali Timb.Menteri Kesihatan Terkejut Dengar


Baru-baru ini, keteg4ngan perbahasan yang berlaku di Dewan Rakyat oleh seorang ahli parlimen dengan mempersoalkan kredibiliti Tan Sri Dr Noor Hisham telah menjadi bualan hangat netizen. Beliau yang juga merupakan ahli parlimen Bintulu dari parti Gabungan Parti Sarawak (GPS) iaitu Dato Seri Tiong King Sing telah mendakwa bahawa Dr Noor Hisham ‘takut m4ti’ kerana tidak pernah turun padang ke Sabah ketika pandemik Covid-19.

Tindakan pihak tertentu mempertikaikan tanggungjawab dan amanah yang telah dilaksanakan Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah adalah tidak bertanggungjawab serta tidak masuk ak4l, kata Timbalan Menteri Kesihatan 1 Datuk Dr Noor Azmi Ghazali.

Katanya, beliau terkejut apabila terdapat pihak tertentu sama ada orang awam mahupun ahli politik yang mempertikaikan kredibiliti dan pengorbanan Dr Noor Hisham dalam membanteras pandemik COVID-19 di negara ini.

“Jika kita merujuk kepada petugas barisan hadapan, Dr Noor Hisham merupakan orang nombor satu atau paling depan dalam barisan hadapan yang ‘berp3rang’ dengan viru-s COVID-19 selama ini.

“Beliau (Dr Noor Hisham) telah mendedikasikan sebahagian besar kehidupannya dalam menjaga aspek kesihatan rakyat di negara ini dan bukan hanya ketika w4bak COVID-19 melanda sahaja,” katanya dalam kenyataan di Kuala Lumpur hari ini.

Beliau berkata semua pihak di Kementerian Kesihatan termasuk Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba dan Dr Noor Hisham akan mengadakan mesyuarat, berbincang dan bertukar idea setiap hari bagi mencari penyelesaian membanteras penu-laran w4bak itu.

“Semua pihak memberi komitmen sepenuhnya dan apatah lagi Dr Noor Hisham sebagai Ketua Pengarah pastinya mesti menunjukkan contoh terbaik kepada warga kesihatan lain,” katanya.

Semalam, Ahli Parlimen Bintulu Datuk Tiong King Sing ketika membahaskan Rang Undang-undang Perbekalan 2021 mengeluarkan kenyataan ‘DG (Ketua Pengarah) takut m4ti’ selain mempersoal mengapa Dr Noor Hisham tidak turun padang untuk melihat sendiri situasi COVID-19 di lapangan, sebaliknya hanya membuat sidang media setiap hari melalui siaran langsung di televisyen.

Kenyataan kontroversi bernada emosi itu menyebabkan Ahli Parlimen Jelutong RSN Rayer bangkit dan meminta Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Seri Azalina Othman Said yang mempengerusikan sidang untuk tidak membenarkan Tiong “mengh3ntam” Ketua Pengarah Kesihatan dan mahu kenyataan itu ditarik balik.

Dituduh Takut M4ti, Ini Jawapan ‘Padu’ Dr Noor Hisham, Siap Baca Petikan Ayat Al-Quran Lagi

Terbaru, Ketua Pengarah Kesihatan iaitu Dr Noor Hisham telah tampil membidas semula dakwaan yang dilemparkan kepadanya itu.

Tak timbul isu takut m4ti

Menerusi sidang media harian Covid-19, Dr Noor Hisham memaklumkan tidak ada timbul isu takut mati sebaliknya beliau menegaskan bahawa kem4tian itu akan berlaku di mana-mana sahaja dan pada bila-bila masa.

Beliau kemudian membacakan sebahagian ayat 185 yang dipetik daripada surah Ali-Imran yang bermaksud: “Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati” dan potongan ayat 156 surah Al-Baqarah yang bermaksud “(Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa suatu kesusahan, mereka berkata: Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali”.

Jadi, apa yang penting adalah kita pasangkan niat kita untuk melaksanakan tugas. Niat kita adalah untuk memutuskan rantaian Covid-19 dalam negara kita. Dan inilah tujuan utama untuk kita.

Kita boleh berselisih pendapat tetapi apa yang pasti adalah kita laksanakan tanggungjawab untuk selamatkan negara kita daripada peningkatan kes dan kadar kem4tian.

Telah turun padang sebelum PRN

Tidak seperti yang diperkatakan, Dr Noor Hisham memaklumkan bahawa dia pernah turun padang ke Sabah pada bulan Ogos yang lalu untuk memantau persiapan pasukan Kementerian Kesihatan (KKM) sebelum berlangsungnya Pilihan Raya Negeri (PRN).

Saya juga telah arahkan timbalan saya, Dr Chong (Chee Kheong) untuk turun sama. Tan Sri Jamilah (Mahmood, Penasihat Khas Kesihatan Perdana Menteri) juga turun sama dua minggi lepas untuk melihat tindakan kita dan pengurusan Covid-19.

Sementara itu, beliau mengakui bahawa pihak KKM telah membuat perancangan yang khusus terutamanya di Sabah.


MP Bintulu akui tak bermaksud jadikan Dr Noor Hisham sasaran, hanya mahu sampaikan kekec3waan frontliners dan rakyat

BEBERAPA jam selepas insiden yang mencetuskan kekec0han di Parlimen berhubung kenyataan mendakwa Ketua Pengarah Kesihatan takut mati, Datuk Seri Tiong King Sing mempertahankan dirinya.

Ahli Parlimen Bintulu itu berkata, kenyataannya itu bagi menggambarkan kekecewaan frontliners dan rakyat Malaysia susulan pandemik Covid-19.

“Saya ulangi sekali lagi, ketika membahaskan Rang Undang-Undang Perbekalan 2021 di Parlimen pada Rabu (11 November), saya tidak bermaksud untuk menjadikan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah sebagai sasaran.

“Malahan, kata-kata saya hanya bagi menggambarkan kekec3waan frontliners dan rakyat sejak beberapa bulan lalu.

“Bagaimanapun, Ahli Parlimen DAP seperti RSN Rayer tidak sepatutnya mengambil kesempatan daripada kata-kata saya itu untuk mendapat publisiti murahan seolah-olah mempertahankan penjawat awam,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan pada Rabu.

Pada sesi perbahasan di Dewan Rakyat, kenyataan King Sing menarik perhatian wakil pembangkang apabila beliau mempersoalkan sama ada Dr Noor Hisham takut m4ti apabila tidak ke Sabah ketika Covid-19 mer3bak di negeri itu.

Rayer bagaimanapun mendesak King Sing memohon maaf kepada Dr Noor Hisham sebelum berlaku kekecohan antara mereka yang membawa kepada Rayer diarah keluar oleh Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Datuk Seri Azalina Othman Said.

King Sing berkata, penjawat awam bekerja keras dan seharusnya sebarang kekurangan dalam sistem perlu diperbaiki.

Beliau juga menambah, sebagai wakil rakyat tidak ada sebab kenapa beliau tidak patut menyuarakan ketidakpuasan hati rakyat.

Sumber: Buletin TV3